Translate

Thursday, 9 October 2014

Saya sebenarnya bukanlah arif sangat dengan budaya mods ni, tapi kenyataan yang mengatakan bahawa pencetus budaya mods ni adalah wak doyok, din TV dan sebagainya mungkin boleh dipertikaikan, seperti yang kita tahu budaya mods ini adalah budaya yang sangat popular pada tahun-tahun 60an, tapi yang paling popular sekali adalah di central london, tapi dekat Malaysia dan singapura juga budaya mods sudah mula bertapak, sebagai contohnya dalam filem agogo 67 pun dah ada band yang bernama the mods! cuma mungkin pada tahun 60an vespa atau lambretta mereka tidak dihiasi lampu-lampu atau cermin yang banyak. Kalau pada tahun 1979, bermulanya era mods revival di England selepas sahaja filem Quadrophenia diterbitkan, di Malaysia mods revival bermula apabila golongan skinhead mula mengkaji asal usul bermulanya budaya skinhead yang tidak dapat tidak berkait rapat dengan budaya mods, maka sedikit demi sedikit sebilangan golongan skinhead pada ketika itu di Malaysia mula menjinakkan diri dengan Vespa dan Lambretta dan kemudian ada diantara mereka yang meninggalkan "skinhead looks" mereka dan beralih kepada pakaian mods. Tidak dapat dinafikan golongan skinhead yang lebih awal memahami budaya mods ini kerana apabila mereka mengkaji asal usul skinhead, cara hidup dan muzik golongan "traditional skins" masih lagi menjurus kepada muzik yang berasal dari tahun-tahun 60an seperti ska, soul dan sebagainya. Modern Flashback, merupakan satu kelab/collective yang memperjuangkan budaya mods kini, kerana modern flashback merupakan antara kelab yang teraktif yang menganjurkan mods party dan sebagainya, namun begitu untuk menjadi seorang modernist bukanlah hanya berpakaian era 60an, mempunyai vespa atau lambretta atau mendengar THE WHO sahaja! seorang mods juga perlu mengetahui genre-genre muzik lain seperti soul dan motown music, mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan setiap falsafah mods dan kehidupan di tahun 60an. Kalau setakat hafal lagu-lagu The Who dan OCS sahaja tapi bila bertanya pasal the ronnettes dan the supremes dia geleng kepala baik tak payah jadi mods (heheheh). Kalau tanya pasal "Shark Skin Fabric" atau "Three Button Suit" dia cakap syarikat minuman ringan, baik tak payah jadi mods. Jadi disebabkan kesukaran untuk menjadi seorang mods di Malaysia ni maka sebab itulah saya lebih selesa untuk menjadi seorang pejuang muzik pop yeah yeah dan muzik agogo sahaja.


No comments:

Post a Comment